Friday, July 3, 2009

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN DAN TAKLIMAT & PAMERAN BANK RAKYAT

Pada hari kedua sambutan HKS 2009, diadakan satu Pertandingan Bahas ala Parlimen, di antara pasukan 5 Sains sebagai Kerajaan dan 4 Sains sebagai Pembangkang. Panel juri yang terdiri daripada Puan Junaidah Md Ramli, En Jasri Surip dan En Md Norhaizom Awang telah sebulat suara menerima usul yang dibawa oleh pihak Kerajaan. Selain itu, saudara Mohammad Hasnizam Ahmad, selaku Ketua Pembangkang, telah dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik.
Mohd Amin Kamaruddin selaku Perdana Menteri mengetuai barisan Kerajaan.


Para pelajar 4 Sains menjadi Pembangkang.

Panel juri yang arif lagi bijaksana.

Barisan pembahas di pihak Kerajaan, iaitu pelajar-pelajar 5 Sains, berjaya meyakinkan sidang Dewan untuk menerima usul yang dibawa.

Para pelajar begitu asyik melihat gaya para YB berbahas di 'Parlimen'.
Selesai sahaja Pertandingan Perbahasan, program diteruskan pula dengan ceramah yang disampaikan oleh Eksekutif Bank Rakyat, En Nik Khairur Rijal. Selepas itu, pelajar ke Dewan Teratai untuk melihat Pameran yang disediakan oleh Bank Rakyat, di samping cuba menjawab beberapa lagi soalan kuiz untuk mendapat hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.
Wakil Pengurus Bank Rakyat yang menyampaikan ceramah tentang perkembangan Bank Rakyat daripada sebuah koperasi biasa menjadi bank yang kukuh.
Cikgu Salmizi, Cikgu Jamia dan Cikgu Radzuan tidak melepaskan peluang melawat tempat Pameran untuk bertanyakan tentang produk-produk Bank Rakyat.
Pelajar-pelajar mendapatkan maklumat tentang produk Bank Rakyat.
Bagus Bank Rakyat. Saya mesti pilih!

1 comment: