Pada hari ketiga sambutan HKS 2009, satu perkidmatan Cuci Kereta telah dijalankan di garaj kereta guru di Dataran Ilmu. Seramai 15 orang petugas dari tingkatan 4 Sains telah dipilih untuk menyertai program ini. Secara keseluruhannya, sebanyak 30 buah kereta guru/kakitangan telah dicuci sepanjang hari tersebut dengan bayaran antara RM 10 - RM 15 bagi sebuah kenderaan.
Zulhelmie dan Hasnizam sibuk mencuci Kia Spectra milik Cikgu Shukri.
Syarifuddin menggunakan 'water jet' untuk menyemburkan air ke kereta Cikgu Radzuan.
Haffiz Ezany & kawan-kawan mengelap kering kereta Cikgu Jamia yang telah siap dicuci.
Shahril menggunakan 'vacuum cleaner' untuk menyedut sampah-sampah kecil di dalam kereta Kaunselor, Tn Hj Mohd Zulkipli.
Shahril menggunakan 'vacuum cleaner' untuk menyedut sampah-sampah kecil di dalam kereta Kaunselor, Tn Hj Mohd Zulkipli.
Orang kuat program ini, Cikgu Salmizi merangkap pengurus program, menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung, dengan memastikan setiap kenderaan dicuci mengikut giliran.
Pada waktu yang sama, di Dewan Teratai pula diadakan program Hari Tambah Saham, di mana setiap anggota Koperasi SMK Hamzah 2 Berhad berpeluang untuk menambahkan jumlah syer mereka di Koperasi. Anugerah Pelabur Terbanyak (kategori guru dan pelajar) juga akan diberikan.
Para pelajar ini telah menjalankan tanggungjawab mereka terhadap Koperasi kesayangan mereka. Insya-Allah pulangan menarik menanti mereka di hujung persekolahan mereka di sini nanti.
Inilah wajah penyandang Anugerah Pelabur Terbanyak (kategori pelajar), Mohd Afiq Ahmad Nadhri dari tingkatan 1RK1. Cikgu Zul Awang tidak ketinggalan 'tumpang' memegang wang syer Mohd Afiq sebelum diserahkan kepada Bendahari Koperasi.
No comments:
Post a Comment