Thursday, September 10, 2009

CUTI HARI RAYA AIDILFITRI

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba, sekolah akan mula bercuti pada hari Jumaat 18hb September 2009 dan akan bersambung semula pada 27hb September 2009.

Monday, August 3, 2009

ADA LAGI GAMBAR HARI KELUARGA..


Tuan Pengetua Cemerlang menyampaikan ucapan penutup.



Mencari harta adalah aktiviti untuk kaum wanita.



Acara menebar jala paling lebar untuk golongan lelaki.




Bowling pantai berpasangan.



Lari berkaki tiga antara guru dan anak remaja mereka.

LAGI GAMBAR HARI KELUARGA 2009


Pertandingan mewarna.



Acara memancing ikan kadbod.



Acara meniup belon paling besar.


Kanak-kanak di bawah umur 7 tahun berebut gula-gula. Kelihatan anak Puan Roslina berseluar perang.



Malam BBQ



Friday, July 17, 2009

HARI KELUARGA KELAB WARGA SMK HAMZAH 2

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, pada tahun ini, Kelab Warga berjaya menganjurkan sambutan Hari Keluarga di Bali Beach Village, Tok Bali pada 10 dan 11 Julai 2009.
Pada 10 Julai 2009, 9 buah keluarga telah menginap di chalet yang terdapat di situ. Acara bebas pada siang hari, dan jamuan BBQ pada sebelah malam. Keluarga-keluarga yang ada pada hari itu tidak ketinggalan menikmati keindahan Pantai Tok Bali pada sebelah petang.


Kelihatan Cikgu Zul Awang menyambut ketibaan Cikgu Halimin dari Tendong, Pasir Mas.

Setelah puas bermain air laut, keluarga-keluarga pulang semula ke chalet.

Puan Wan Yusmawati bersama dua orang anak kesayangannya.


En Md Norhaizom Awang dan anaknya Ikhwan tidak ketinggalan menyertai keluarga Cikgu Zul di tepi pantai.

Acara malam: jamuan BBQ. Kelihatan Cikgu Khalil dan Cikgu Jamia membakar ayam dan sotong.

Thursday, July 16, 2009

PERTANDINGAN KITAR SEMULA

Pada hari terakhir sambutan HKS 2009, Koperasi telah menganjurkan satu pertandingan Kitar Semula di antara kelas. Setiap kelas dikehendaki mengumpulkan bahan-bahan terpakai seperti suratkhabar lama, botol plastik, kotak-kotak kosong, kertas atau majalah/buku lama mengikut kelas masing-masing di Dataran Ilmu. Kemudian, bahan-bahan tersebut ditimbang untuk menentukan kelas manakah yang berjaya mengumpul timbangan paling berat. Pertandingan ini dimenangi oleh tingkatan 4 Sains dengan timbangan 104kg, di mana guru tingkatan mereka adalah Setiausaha Koperasi sendiri. Manakala tempat kedua diungguli oleh tingkatan 5 Sains dengan timbangan 101kg.




Sebuah lori dari RD Papers Jerteh, dipandu oleh Pok Loh, dijemput datang untuk membeli bahan-bahan tersebut.


Orang kuat program ini, Cikgu Zul Awang dan Cikgu Khalil.

Pelajar membawa botol-botol air Penawar (dibeli di Koperasi) yang kosong untuk dikitarsemula. Harga 1kg botol plastik ialah 20 sen.

Pelajar-pelajar lelaki tingkatan 5 Sains sibuk mengumpulkan bahan-bahan mereka sambil diperhatikan oleh Cikgu Zul Awang dan Cikgu Md Norhaizom Awang yang memakai kemeja batik rasmi SMK Hamzah 2, Batik Jarum Mas Lukis.

Cikgu Zul Awang sibuk menanda kon-kon dengan nama setiap tingkatan.

Para pelajar sempat bergurau-senda di samping bahan kitar semula mereka.


Kelihatan ramai pelajar turun membawa bermacam-macam bahan untuk dikitarsemula.

PokLoh dan pembantunya menimbang setiap 'sampah' dengan penuh dedikasi, walaupun di bawah panas terik matahari. Inilah suatu perniagaan yang tidak menguntungkan, namun membawa erti yang besar terhadap persekitaran, terutamanya dapat mengurangkan aktiviti pembakaran sampah.